11:39 PTG
Entah
kenapa untuk perkahwinan anak buah terdekat, hati saya begitu diruntun untuk
hadir sama melihat majlis pernikahan di masjid. Sebelum pergi, hati tertanya-tanya sendiri kenapa saya mesti
turut hadir.
Usai solat
Isyak berjamaah, sekonyong-konyong dalam masjid dipenuhi ramai orang. Satu peratu saya perhatikan
sepintas lalu. Tiada yang beradab
melainkan kurang ajar semuanya. Berdiri terpaku, aksi sana, aksi sini.
Subhanallah ini rupanya inilah cela yang Allah ingin saya saksikan…….
Saya cuma biasa mendengar omelan orang lain
tentang trend masa kini , tidak beradab di dalam masjid sewaktu majlis pernikahan. Sebelum ini
saya cuma dipertemukan olehNya dengan perempuan-perempuan yang dalam kadaaan haidh
duduk dalam masjid.
Mengambil
berkat kononnya nikah dalam masjid. Namun
solat sunat tahiyyatul masjid yang lebih berpahala tidak pula dipeduli.
Jahil benar barangkali? Ataukah sengaja
membutakan mata dan mata hati bahawa
lantai yang dipijak itu adalah lantai rumah Allah.
Kerlipan cahaya pula seperti kilat yang
sambung menyambung. Si pengantin pulak bukan lagi main beraksi. Bagai artis
dikerumuni peminat lagaknya. Lupa akhirat bahawa sedang menduduki rumah Allah.
Tersengih sana, senyum sumbing sini.
Pengantin lelaki mudah sangat untuk solat Tahiyyatul masjid. Antara endah
dengan tidak diambil endah. Pengantin perempuan,
kalau sudah tahu nak melawa, ambil wudhuk sebelum berhias diri untuk orang ramai. Masuk masjid,
tunduk diri untuk sujud, hormat rumah
Allah.
Seingat saya tajuk berkaitan rumah Allah itu
ada dalam Pendidikan Islam di menengah rendah.
Terasa sia-sia apa yang diajar oleh ustaz dan ustazah, apabila melihat perempuan-perempuan Islam tidak mengamalkan
yang diajar. Semudah itu adab, gagal mereka tangani. Sedih di lubuk hati, meskipun mereka bukan
anak didik saya. Pengantin hari ini, ahli keluarga pengantin, pengiring yang hadir berapa ramai yang
menjadikan solat tahiyatul masjid sebagai salah satu agenda ketika pernikahan
di masjid?
Yang menjadi pengiring pula, pun sama mindanya. Solat tahiyyatul masjid tiada
dalam agenda. Lagi kurang ajar ibu bapa yang bawa anak boleh pekakkan telinga,
anak lari bertempiaran dalam masjid sambil memekik. Tenggelam suara jurunikah dalam pekikan suara. Bila ditanya selamba katanya, bukan boleh dicontrol …
Berdarah hati apabila rumah Allah diperlakukan begitu.
Nak
ditegur, harus menyusun kata-kata. Ligat otak berfikir mencari
perkataan-perkataan moden yang boleh
diterima oleh Generasi Y. Alhamdulillah
rasanya saya terpisah dibalik
tirai kain. Namun itulah kelemahan iman saya. Dalam hati cuma mencari helah,
semua yang hadir tu sudahpun baligh pada setiap bulan dalam bulan Qamariah, mahupun tahun masihi. Pilihan
kedua, angkat kaki awal sejurus selesai doa dibaca oleh Naib Kadhi. Usah
ditunggu lagi. Kasihanilah mata yang menyaksikan rumah Allah diperlaku tanpa
hormat. Benar-benar biadap!!!
Berikut
saya paparkan semula untuk difikir bersama-sama dan diambil tindakan
bersama-sama jika nikah di masjid:
1. Kedua-dua
pasangan pengantin mesti menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid.
2. Semua yang hadir turut menunaikan solat sunat tahiyyatul
masjid.
3. Wajib amal
semua adab-adab dalam masjid dan adab dijaga
sepenuhnya.
4. Niat iktikaf.
5. Tinggal
anak-anak kecil di rumah atau usah turut serta.
6. Pasangan yang
membawa anak kecil mesti dikawal jerit
pekiknya. Jika tidak, tanya pada diri apa perlunya berada di situ.
7. Semua yang
hadir mesti dengar nasihat Naib Kadhi dalam khutbah nikah. Oleh kerana itu anak-anak kecil
yang memekik macam hysteria tidak sepatutnya berada dalam majlis
sedemikian.
8. Perempuan-perempuan
yang hadir mesti itu suci daripada haidh
dan berwudhuk.
Bacaan lain....Fuhh..Nikah Di Masjid Bukan Amalan Rasullullah..??
0 Responses to "Cela di Rumah Allah"
Catat Ulasan