Dua-dua rajin. Dua-dua berpendapatan biasa-biasa sahaja. Dua-dua mengeluarkan modal sendiri. Saya yang mulanya agak kurang boleh menerima, akhirnya akur mereka menggunakan pendapatan sendiri. Berdasarkan pengetahuan lama saya, harga sepohon pokok dan sekampit kecil baja, boleh tahan juga. Perkataan “tanggungjawab” dan tugas  berbakti kepada  masyarakat keliling, membuatkan saya menerima kenyataan.

Menyaksikan hasil yang tampak di mata memang beraja di hati.  Pokok yang ditanam bukan setakat subur tetapi tampak ceria menyambut senang kehadiran insan yang mencari ilmu. Dia tidak mengharap balasan. Ihsan namanya.  Syabas,  En. Sabar b. Itam!!!. Tahniah,  Pak Ya!!!.

Membangunkan  kawasan yang dulunya tidak ada apa-apa kepada tempat yang bagaikan penyambut  tetamu kepada yang datang.  Saya sendiri kalau sampai ke Seri Siantan,  pasti senyum sendiri menikmati  pokok-pokok  yang segar bugar. Rasa tenang dan damai. Bertuah mereka bertuankan mereka berdua. Saya atur langkah satu  satu persatu, penuh hati-hati, sambil mata ligat menyapa setiap pokok. Hemmm….cukup mengujakan, cukup memberi ketenangan.
 Hilang rasa bahang kepanasan terik mentari tatkala hendak masuk ke bilik kuliah di bangunan berkenaan. Pokok serai, pokok bayam hijau, pokok bayam merah, pokok sawi, pokok kacang bendi, malahan pokok  kobis pun ada ditanam. Tak perlu ke Cameron Highland mencarinya. Bunga-bungaan turut ditanam.
Empat buah blok bangunan yang diberi nama Seri Siantan yang  menempatkan bilik-bilik  kuliah benar-benar  berubah wajah. Totally change!!!... kata orang  “bahasa orang putih”
Jam di tangan menunjukkan 2.30 petang, Tetapi En Sabar tega menyiram air kepada pokok-pokok tanaman mereka. Pak Ya juga begitu, sanggup berpanas seketika  demi memberi air kepada pokok yang ditanam. Subhanallah!!! …Betapa bertuah pokok tersebut bertuankan mereka.  
Apa perlunya disiram ketika tengahari begitu? Apakah pokok tidak mati? Tidak layu? Tuntas dijawab tidak. Pokok juga perlu air, perlukan kesegaran. Betul, memang betul. Saya setuju dan amat menyokong jawapan mereka.  Semoga Allah merahmati En Sabar dan Pak Ya.

Ini Pak Ya.
Tidak peduli tentang terik matahari.


Ini kacang bendi yang Pa Ya tanam.   
Namun malang bagi Pak Ya, entah manusia mana yang tercabut imannya, kacang bendi Pak Ya habis dikutip. Pak Ya memang niat nak bersedekah, tapi yang mengambil bagai nak berjual lagaknya.

Ini pula, En Sabar b. Itam

Panahan terik mataharik tak dipeduli.


Bagaikan dalam sebuah taman, terasa seronok nak ke kuliah.
Kangkung dan bayam
  
                                     
Serai dan bayam merah, serta pokok hati-hati.
  
Kobis ni masih kecil. Belum boleh dituai. Kalau sudah dituai nanti, tumis dengan bawang dan udang  pasti sedap, sebab hasil tanaman sendiri. Emmmm...enaknya.!!!

3 Responses to "En Sabar dan Pak Ya berbakti menyeri alam"

  1. Tanpa Nama Says:

    ok sekarang dah boleh komen dah.

  2. Insan Says:

    Suruh Dr.Ya komen ye.

  3. Zk Channel Says:

    WAH DAH BOLEH KOMEN KAT SINI YE

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters