1:30 PG
Berat benar kaki saya kali ini hendak melangkah ke kursus, rupanya mengundang peristiwa. Seawal jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang menunaikan tanggungjawab mendidik anak bangsa. Usai Solat 'Asar dan menyambung lagi perjalanan ke utara tanah air.
Mengharung perjalanan ke hotel ternama menggunakan GPS tidak percayai. Meskipun di Kuala Lumpur. Entah mimpi apa kali ini saya begitu yakin menggunakan kemudahan GPS pada talipon bimbit. Rupanya saya dipermainkan oleh GPS. Dua kali berputar pada pusingan jalan yang sama. Dalam hati mengerutu sendiri-pandai GPS mempermainkan orang. Saya ambil keputusan selamat tinggal GPS!.... Kata kawan saya, Pulau Pinang terlalu banyak simpang. GPS pun mengiggau jadinya.
Saya cuma ada lebih kurang empat puluh lima minit untuk menunaikan waktu maghrib. Apa yang patut saya lakukan??? Bandar metropolitan ini asing bagi saya. Otak ligat berfikir dan merancang. Pilihan akhir solat menghormati waktu. Solat jamak tidak dikira sebagai ahli. Masjid entah di mana? Ambil keputusan untuk memandu terus kehadapan. GPS tidak henti-henti ' " sekarang belok ke kiri, dan selepas itu ke kiri lagi..."

Alhamdulillah tidak rugi saya engkar dengan GPS. Sampai awal ke hotel dari yang dijangka. Cabaran baru menanti. Nama pula tidak tersenarai. Beberapa kali gagal menyemak nama, saya ambil keputusan mencari penyelaras program. Meraih masa yang sememangya berkurangan.
Masuk ke bilik, cabaran lagi!!!. Tanda kiblat ada dua pilihan. Dua-dua boleh. Dalam kelam lampu yang romantik saya panjat kerusi untuk mendongak ke syiling. Rabunkah saya, akibat penat memandu? Kaunter menyambut tetamu dan house keeping jadi sasaran. Hati bagai dihiris, solat maghrib sedang bertarung dengan maut dipancung waktu, sedang saya berada di negara sendiri. Pekerja hotel yang dinanti tak kunjung tiba. Dalam menanti, saya duduk agar rasa marah terkawal. Dua puluh minit baru tiba!!!. Itupun dia bagai kurang pasti, menjenguk-jenguk pula keluar tingkap. Menghubungi pula rakannya yang lain. Saya mula cuak: apakah benar kiblat yang diberi pada saya?
Esoknya saya mendapat maklum bahawa tanda arah kiblat di syiling diturunkan atas permintaan pelanggan beragama lain yang menghuni. Agak memeranjatkan saya kerana,tampal dan cabut dan tampal semula arah kiblat di hotel adalah salah satu daripada tugas harian pekerja hotel.
0 Responses to "Pekerja Hotel dan Arah Kiblat"
Catat Ulasan