Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Begitulah bunyi pembayang pantun Melayu yang memperkatakan tentang buah cempedak. Oleh kerana buahnya berada di luar pagar, maka terpaksalah galah diambil untuk mendapatkannya. Jika buahnya masak, harum semerbak. Warnanya kuning keemasan. Bila petang menjelang, cucur cempedak goreng dihidang untuk dinikmati bersama keluarga.
Tetapi jika buahnya masih muda, jika dibakar dengan api yang marak boleh dibuat ulam pembuka selera. Dihidang pula dengan sambal belacan dan ikan goreng darat dan apa-apa sayur masak lemak. Sedapnya, membuka selera. Ini tidak ramai yang mengetahuinya. ‘Hanya jauhari yang mengenal manikan’
Buah cempedak yang masih muda.
Dibakar dalam timbunan api yang marak menggunakan sabut kelapa, tempurung. (Kebesaran Allah setiap yang dijadikan ada gunanya. Harus berfikir utk tidak membazir.
Buang kulit yang hangus.
Dipotong-potong untuk dihidang bersama sambal belacan, buat hidangan tengahari bersama keluarga.
Ingat!, mulakan suapan dengan Bismillah.....
0 Responses to "Hemmm..., sedapnya!!!"
Catat Ulasan