Dia memiliki dua nama. Nama Botaninya, Cymbopogon nardus (L.) rendle. Manakala orang Inggeris memanggilnya Citronella. Dia datang dari keluarga Graminae. Kita orang Malaysia lebih mesra dengan Serai Wangi. Begitu juga di Indonesia.


Khasiatnya menunjukkan kebesaran Allah. Kalau ada batu di dalam badan kita, Insya Allah hancur. Daunnya direbus buat mandian. Harum semerbak. Banyak lagi kegunaanya. Semua tu kerja Allah. Prof. Dato Dr Haron Din (1995) dalam rawatan penyakit batu karang, beliau menggunakan Serai Wangi untuk tujuan kesembuhan penyakit. Selamat mencuba bagi yang ingin kesembuhan.


Kalau di tanam atas tanah hidup. Dalam pasu bunga pun jadi hiasan. Jarang-jarang orang hendak menjadikannya tanaman di halaman rumah. Bukan susah menjaganya. Cuma siram. Pun tak ramai yang mahu. Dia boleh hidup sendiri. Tidak dibajapun dia kuat semangat untuk hidp. Cuma tidak gemuk. itu sahaja. Adanya dia tetap menyumbang untuk orang lain.


0 Responses to "Cymbopogon nardus (L.) rendle"

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters