Setahun sekali membaca dan duduk menadah kitab. Mencari redha Allah dengan menajam ilmu. Dulu Bahrul Wafi kini, hari ini dan seterusnya Bughyatut Tullab. Kata Yg Berbahagia Dato’ Fadhil Awang, salah seorang Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji, Tabung Haji Bughyatut Tullab adalah di antara kitab yang paling sukar untuk difahami dalam pengajiannya di pondok.


Inlah cabaran baru bagi Pembimbing Ibadat Haji (PIH), terutama yang tidak pernah mengharung rehlah Ilmiah di pondok, yang kaya dengan didikkan ilmu yang mapan. Berjasa dalam melahirkan barisan mufti yang mahir menyelesai masalah agama masyarakat. Kemahiran insaniah yang cukup tinggi. Institusi pondok tidak di anggap pendidikan formal, tetapi berjaya melahirkan modal insan usahawan dalam pelbagai bidang.


Tidak seperti warga pondok yang tekun bersila menghadap guru, PIH dalam restu Allah, hadir duduk berkumpulan membaca, menelaah dan memaham maksud yang cuba disampai oleh pengarang tersohor, Syeikh Daud bin Abdullah bin Idris al-Fatani. Hotel Putra Palace jadi pondok moden kami di Kursus Tafaqquh Zon Utara. Tersalah baca, kabur pembacaan, kabur juga maksud penggunaan kata. Tidak tercapai akal memahami kata pengarang, Dato’ Fadhil sedia dirujuk memperjelaskan. Terserlah maksud, faham kandungan, dicerna pula dalam pembentangan. PIH berkongsi lagi. Selesai pembentangan kumpulan, kata sepakat diputus bersama, dikongsi lagi dengan PIH dari Selatan, Timur dan Barat dalam PIH Face Book Group. Pesan Yg. Berbhg Dato” Fadhil Awang, “… bila balik nanti pakat-pakat bacalah lagi …”


Di Tanah Suci PIH yang pelbagai latarbelakang pekerjaan, bekerja dalam satu pasukan dengan pegawai-pegawai TH yang baru dikenali di sana. Di Malaysia TH mengatur PIH belajar berpasukan, PIH merasainya menelaah kandungan kitab klasik cara moden, cara intensif. Terima kasih lagi buat Bahagian Bimbigan Tabung Haji, punya idea yang bernas dan semoga bahagian ini terus menjadi teraju paling hadapan dalam ISO di Tanah Suci mahupun di Tanah air. Terima kasih juga Yg, Berbhg Dato” Fadhil Awang. Kami PIH, Insya Allah terus membantu, selagi daya, gigih berusaha, istmewa buat TH.


Demi agama untuk Malaysia.

0 Responses to "Bughyah al-Tullāb Ganti Bahrul Wāfī"

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters