Pada 18 Feb 2011 hingga 21 Feb 2011, bertempat di TAHA D'Mutiara, Pulau Pinang Muzakarah Haji Kebangsaan kali ke 27 telah berlangsung. Program percambahan ilmu anjuran Lembaga Tabung Haji, berjaya mengumpulkan seramai 332 orang peserta termasuk peserta dari luar negara, seperti Indonesia, Brunei, dan Thailand. Peserta yang terpilih adalah terdiri daripada Pembimbing Ibadat Haji di Tanah Air.
Sebanyak 4 kertas kerja telah dibentangkan oleh Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji, Tabung Haji/ JAKIM. Tema kali ini ialah, "Ilmu Pemangkin Kemabruran Haji".
Penyelesaian masalah melalui bengkel juga dilakukan.
Pembimbing Ibadat Haji 1431H diharapkan dapat memperkasakan dan memantap kefahaman bakal jemaah haji ketika memberi penerangan kerja-kerja haji. Penyampaian yang berkesan ketika dalam bimbingan pada setiap minggu adalah, hasil daripada perbincangan kertas kerja dan bengkel yang dilakukan sepanjang muzakarah berlangsung.
Sebaik tamat muzakarah, maka bermulalah kursus haji mingguan yang kini dikenali sebagai Kursus Asas Haji, yang akan laksanakan secara serentak di seluruh negara pada 27 Feb 2011. sebanyak enam belas siri.
"Ilmu Pemangkin Kemabruran Haji"
0 Responses to "Muzakarah Haji Kebangsaan Kali ke 27"
Catat Ulasan