Rupanya memang comel. Sedikit masa lagi dia akan membesar dan makin comellah. Mereka 4 beradik akan bermain-main. Saling mengejar antara satu sama lain. Kemudian, bila lapar dia akan mencari ibunya untuk menyusu. Kemudian dia tidur. Kemudian lagi, dia akan buang air besar dan buang air kecil di mana-mana dia suka. Itu ketentuan kejadian Allah buat mereka. Namun bab buang air itulah yang membuatkan orang marah pada mereka.



“...dia berak merata-rata” sebab tu buang kat tempat lain.



Bau busuk sangat. Tambah bila hujan. Eeee...tu yang tak tahan” buangkan aja kat pasar. Di sana banyak ikan” itulah kata-kata yang sering kita dengar...



Lihatlah gambar yang paparkan. Kemana mereka memandang. Bagai mengerti, bagai memohon bantu simpati saya untuk diselamatkan agar tidak dihantar ke pasar atau ke mana-mana saja...Aksi mereka bukan saya rancang.



“Mak dia mana?”



“Tak ada. Tak tau kat mana”



“Biarla dia dengan mak dia”



“Nak buang”



“Ha? Buang? Kesiannya... Alaa janganlah buang, siannn... dia.



“Laaa kesiannya dia. Janganla...”Nanti saya talipon kawan saya....”



Saya berlalu meninggalkan tempat si Comel berada. Berlari ke kereta mengambil talipon untuk merakam gambar. Saya tidak berkesempatan untuk berlama di situ, apa lagi untuk bermain bersama mereka.. Membantu juga saya gagal. Terkilan rasanya. Entah laa...dimana mereka kini. Saya terpaksa berlalu dengan perasaan yang kesal. Takut ketinggalan keretapi untuk suatu perjalanan.



Lihatlah pandangan mereka sewaktu saya rakamkan.



Hanya mampu saya menulis merayu manusia agar ada belas kasihan sesama makhluk Allah. Andai secomel itu dihantar ke pasar atau ditepi-tepi jalan, apa yang mereka tahu? Mengertikah mereka bahaya kereta?



Tambah kalau terjatuh ke dalam longkang, berapa kerat sangatlah manusia yang sanggup mengutip mereka dari jijiknya air longkang... Ada manusia yang sanggup memekakkan telinga membiarkan si comel dalam longkang berbaur hanyir. Biar semalaman sekalipun. Hilangkah kasih manusia sesama makhluk Allah. Tidakkah mereka takut bahawa suatu ketika nanti mereka akan ditanya kenapa tidak membantu si cantik comel semalaman didalam air yang hanyir? Ataukah sengaja mereka lupakan Abu Hurairah kenapa dia digelar Abu Hurairah. Ataukah sengaja manusia hari ini padamkan cerita dalam baju Abu Hurairah ada anak kucing. Subhanallah kasihanilah mereka. Usah dipisah ibu dan anak. Rumah tiada, ibu entah di mana, bapa jangan diharap.



Usah dibising beraknya merata kerana sememangnya dia haiwan. Allah jadikan mereka tidak seperti manusia yang boleh berfikir. Tetapi manusia yang mampu berfikir, fikir-fikirkanlah kalau kita melindungi mereka, jangan dedahkan mereka di tempat yang bahaya.

0 Responses to "Rumah tiada. Harta apatah lagi, entah di mana mereka kini ..."

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters