Bukan dia tak tahu saya sedang sibuk. Dia buat-buat tak tahu. Kali pertama saya dilaung, biasanya saya terperanjat. Maklum sedang sibuk mengurus program. Dia akan panggil lagi. Dan lagi …..Saya akan pura-pura garu kepala (menunjuk aksi pening kepala kena ganggu) Maka terserlah sebaris gigi yang putih kesukaan mengganggu saya. Sesekali lalu saya balas usikannya….Memang menghibur..
Disuruh bayar dam pakaian berjahit, dia kata, “…. Babah yang akan bayar”
"Aliff yang pakai kenapa pulak babah yang bayar. Aliff bayar la…" Sengaja saya sanggah pendapatnya.
Ketika solat bukan main khusyuk lagi. Tup..tup usai solat ada disebelah saya?
“Kenapa tak solat?”. Saya soal
“Aik…??.Aliff semayang?." Tegas membela diri. Terdiam saya. Betul juga. Tak payah bersoal jawab. Pasti dia yang menang punya.
Orang bertahllul, dia pun sibuk jugak nak bertahallul. Begitulah menurut umminya.
Itu semua cerita Aliff Hakimi Al-Haj.
22 Disember 2010 pada 1:41 PTG �
semoga anak ini menjadi anak yang soleh... Ameen...