Selesai tugas di Hotel Burj Al-Haram , bersama rakan sejawat dan kakitangan Pos Laju Malaysia.
Kemudian meneruskan perjalanan dalam terik mentari ciptaan Allah, menuju pulang ke Hotel Elaf Al-Sud juga dibawah pentadbiran Maktab 80. Subhanallah … sedang jemaah haji berpusu ke Masjidil Haram.
Dengan panahan terik matahari, mata juga perlu dilindung .
Teringin merasai "niqab" (kata penjual kedai), pakaian orang Arab.
Antara niqab dan cermin mata gelap mana yang anda pilih? Dengan cermin mata gelap hidung tidak selamat dari debu. Dengan niqab bukan setakat terselamat dari debu, bahkan sejuk rasanya dalam tu. Meskipun warnanya hitam.
Demi negara untuk agama, kerana Allah.
0 Responses to "Antara Niqab dan Cermin Mata Gelap"
Catat Ulasan