Kursus Pengukuhan Guru Agama Musim Haji 1431H/ 2010M.


Untuk kesekian kalinya Bahagian Bimbingan Haji menganjurkan Kursus Pengukuhan Guru Agama Musim Haji 1431H/ 2010M, pada 18 hingga 21 Jun 2010. Peserta-peserta kursus terdiri daripada Pembimbing Ibadat Haji dari seluruh negeri di Malaysa. Pembimbing Ibadat Haji ini terlibat secara langsung dengan Kursus Haji Bersiri dan Kursus Intensif dan Kursus Haji Perdana.



Pembimbing yang datang dari pelbagai agensi dan jabatan seperti, Kementerian Pelajaran, Institut Pendidikan Guru Malaysia, IPTA, Majlis Agama Islam, Peguam Syar’ie, pendakwah bebas, ahli perniagaan dan sebagainya. Kesemuanya bergabung tenaga , bersatu menjana buah fikiran yang bernas, mempertajam ilmu supaya mantap dengan Lembaga Tabung Haji untuk berkhidmat di Tanah Suci sebagai Guru Agama Di Tanah Suci demi membantu tetamu-tetamu Allah mengerjakan ibadat haji.


Kursus berakhir dengan amanat dari Tuan Haji Mohd Salleh bin Abd Mubin, Pengurus Besar Kanan (Haji) Lembaga Tabung Haji.





ISO 9001: 2008PH



Sesi Pemahaman SPK ISO 9001: 2008PH yang disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd RIzzal b.Mohd Khalid. Pengurus Kanan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Haji mudah difaham dan penyampaian yang bersahaja tapi santai . Pendedahan awal sebelum melaksana tugas sebenar di Tanah Suci. Tidak cukup dengan mendengar penyampaian, malah diikuti pula proses pembelajaran dan perbincangan secara simulasi untuk kerja-kerja sebenar berkaitan dengan Guru Agama Tanah Suci.



Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 PH akan digunapakai. Peserta diminta menghadhamkan isi kandungan yang terdapat di dalamnya. Berkali-kali Tn Hj. Mohd Rizzal mengungkapkan tahniah kepada Bahagian Bimbingan yang menjadi contoh dan mengungguli dalam pengurusan pelaksanaan ISO di Tabung Haji pada keseluruhannya. Alhamdulillah dan tahniah dari kami Pembimbing Ibadat Haji untuk semua warga Bahagian Bimbingan.





Perbincangan Kumpulan



Peserta memberi komitmen yang tinggi dalam setiap program yang dijalankan. Perbincangan ilmu berlangsung dengan khusyuk. Masing-masing memberikan sumbangan dalam menghidupkan perbincangan dalam pembentangan. Wacana ilmu yang tumbuh dalam perbincangan amat menyeronokkan.



Dalam kursus tersebut pelbagai cogan kata yang dicipta bagi melahirkan semangat setiakawan. Suntikan semangat ini diabadikan dalam gerak kerja dan kerjasama dalam pasukan, kesatuan pemikiran.













Di antara cogan kata yang lahir;



Pembimbing Bestari, Jemaah Berkualiti



Bimbingan Cekap, Ibadat mantap



Cinta Rasulullah s.a.w.



Semakin Tunduk Semakin Berisi



Membimbing Ke Arah Haji Mabrur



Jemaah Di Dahulukan, Mabrur Di Utamakan



As-Syifa’ Bi Iznillah



Wehdatul – Fikr ( Kesatuan Pemikiran)













Semoga Guru Agama Tanah Suci mencapai objektif kursus:




  • melahirkan keseragaman dan kesepaduan dalam memberi bimbingan ibadat haji berdasarkan keputusan muzakarah .



  • Mengukuhkan kefahaman pelaksanaan tugas dan tanggungjawab selari dengan SPK MS ISO 9001: 2008 Perkhidmatan Haji.



  • Membuat penambahbaikan berterusan perjalanan operasi bimbingan haji Tanah Suci.






Terima Kasih Tidak Terhingga




Barisan peserta Kursus Pengukuhan Guru Agama Tanah Suci Musim Haji 1431H/ 2010M mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Jabatan Haji, khususnya Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji kerana telah bertungkus lumus menjayakannya. Program yang diketuai oleh Yang Mulia, Tengku Aziz bin Raja Abdullah, Pengurus Besar (Bimbingan), diselaras oleh Hj. Nukman B. Fadzil, Pengurus Kanan Bahagian Bimbingan dan dibantu dengan warga Bahagian Bimbingan yang lain.



Tidak ketinggalan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Haji Hasan b. Haji Ahmad dan Prof. Madya Dr. Hajjah Anisah Ab Ghani Ahli Jawatan Kuasa Penasihat TH-Jakim, yang telah meluangkan masa untuk kursus kali ini.





Semoga Guru Agama Tanah Suci Musim Haji 1431H/ 2010M, berjaya mendokong dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 PH, dengan jayanya bagi mengekalkan kecemerlangan yang telah raih dan menjadi contoh bukan sahaja di dalam TH sendiri bahkan menjadi contoh kepada negara-negara lain.





Kepada bakal-bakal jemaah haji, temuilah Pembimbing Ibadat Haji untuk mendapatkan bimbingan ibadat haji dan bertanyalah kepada Guru Agama Tanah Suci jika menghadapi masalah ketika di Tanah Suci nanti. Mereka sedia berkhidmat membantu demi untuk jemaah haji mendapatkan Haji Mabrur. Ketika di Tanah Air Guru Agama dikenali dengan Pembimbing Ibadat Haji dan Guru Agama Tanah Suci ketika di Tanah Suci.



Pembimbing Bestari, Jemaah Berkualiti




0 Responses to "Tahniah Buat Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji"

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters