Penggunaan internet pada hari ini adalah keperluan yang agak mendesak. Perkhidmatan kerajaan mahupun swasta sudah mengurangkan penggunaan surat menyurat dengan kertas. Harus pandai melayari web berkaitan. Pandai tak pandai menngunakan komputer, kena pandai. Minat atau tidak kadangkala terpaksa membeli talipon bimbit yang canggih.  Terpaksa rela inilah menyebabkan kita lupa dan hilang adab dengan makhluk persekitaran. Ketika membelinya keutamaan yang menjadi mainan di bibir adalah: "boleh baca al-Quran, boleh cari pelbagai maklumat." Namun realitinya begitukah? Entah-entah Face Book, Intstagram dan Whatsapp yang menduduki tangga paling atas. Hakikatnya bukan komputer atau gadget yang melenyapkan ibadat kita, bukan komputer atau gadget yang melalaikan saya, bukan komputer atau gadget yang menjauhkan saya dari Allah,  melainkan saya sendiri tidak mendisiplinkan diri sendiri. Tiada disiplin, tiada ilmulah yang menyebabkan kita tersasar. Justeru halang diri sendiri daripada terjerumus ke lembah pembaziran masa dengan melayangkan disiplin terhadap diri sendiri.
 
 


0 Responses to "Kawan Rapatku Face Book, Instagram & Whatspp ....."

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters