Sedih bertimpa-timpa.

Solat Secara Solo

Ketika solat Asar di sebuah pasaraya, saya jemput perempuan yang sedang memakai telekung di sebelah saya agar nanti berdiri rapat sedikit lagi untuk berjamaah. Katanya: "Tak pa tak payah". Saya jemput lagi, "Tak apa..." katanya. Saya ulang dengan jelas dan baik. Saya ulang lagi dengan nada sekelumit niat sebagai usaha terakhir. Sekali lagi menyebabkan saya tertanya: "Tak pandai nak berjamaah ke?" "Reti..." katanya. Akhir sekali saya pesan lagi. Pesan yang sungguh-sungguh. Malangnya, dia tidak bijak merebut peluang di hadapan mata. Dia angkat barang-barang dan pindah ke depan. Solat secara solo.

Ketika singgah di masjid untuk menunaikan Solat Maghrib, bersua pula perempuan remaja, perempuan dewasa dan perempuan berusia yang baru masuk kemudian solat masing-masing. Solat mereka bukan Jamak apa lagi Qasar. Gagal merebut peluang di hadapan mata. Ilmu Masbuq dalam solat Muawifiq dalam solat yang dipelajari, dicampak ketepi. Bila nak ke Makkah nanti baru cari semula. Bila gagal memahami, katanya sepatutnya Tabung Haji buat kuliah solat juga, bukan di Malaysa, tetapi hingga ke Tanah Suci.



Perempuan mengandung makan sambil berjalan.

Sedih lagi apabila tiba-tiba saya terpandang seorang perempuan muda mengandung melintas agak jauh dari saya, diiringi oleh suami dengan keadaan berjalan sambil makan. Sejurus selepas itu lalu lagi di hadapan saya, agak lebih jauh dari yang tadi, juga perempuan yang mengandung. Makan sambil berjalan diiringi suami, namun dengan pakaian yang lebih ketat. Terlalu lapar barangkali...akibat perut yang dijerut pakaian ketat, menjadikannya cepat lapar. Tugas ibu hanya mengandung. Anak tak pandai agama ustaz dan ustazah dipersalahkan. Apakah agaknya ibu mengandung akan fikir pada Peribahasa Melayu mudah dilayari pada url http://prpm.dbp.gov.my/ yang berbunyi: "Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian?"


Membekas dalam minda saya betapa masyarakat hari ini rosak. Tertanya-tanya pada diri sendiri, benarkah seperti yang sering diungkapkan, belajar agama ambil untuk peperiksaan sahaja. Tamat pengajian hak hidup peribadi. Hal-hal agama dia suka, dia ambil. Atau ini yang sering kita dengar:, "...kubur masing-masing..." Atau tidak suka, barangkali ucapkan sahaja: "Saya punya ibadat, saya punya sukalah..."

"Terbiar wanita Tunggang Langgang Negara"

0 Responses to ""Terbiar Wanita, Tunggang Langgang Negara""

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters