Ramadhan semakin berakhir. Ini bererti Ramadhan akan pergi lagi. Bulan Zulqaedah rapat tiba. Bulan Zulhijjah dalam igauan yang hampir pasti, InsyaAllah. Perancangan 29 September 2011 dan seramai 27,000 orang sudah dipilih.
Hanya menanti ketentuan takdir.
Ramai yang telah pasti bakal menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci dengan menerima surat jemputan. Pihak TH telah mengedarkan suratnya. Ada juga yang masih ternanti-nanti dengan sabar yang penuh pengharapan. Tidak kurang ada yang berhempas pulas berusaha turun naik tangga barangkali, mencari kepastian untuk menjadi tetamuNya. Apapun yang sedang berlaku, sebelum benar-benar menjadi tetamu Allah, jom kita perguna Ramadhan Mubarak, Ramadhan Kareem sebagai madrasah didik diri. Penuhi ruang Ramadhan Mubarak, Ramadhan Kareem untuk rapat dan akrab disisi Allah.
Kalau dulunya masih nakal, kurang-kurangkanlah. Ramai yang solat fardhunya terkucil. Anggota wudhuk masih ada yang tak basah, sambil berbual-bual lagi. Solat sunat entah ke mana. Nama Solat sunat Dhuha pun terpinga-pinga mendengarnya. Sama-sama kita terjemahkan sempurnanya wudhuk dan solat yang khusyuk dalam gerak kerja dan tindakan harian kita.
Al-Quran entah bila kali terakhir dibaca. Entah masih dalam bungkusan hantaran perkahwinan. Nak dibaca sehari sekalipun, tiada masa katanya.
Bertudung, masih terkeluar rambutnya. Berkain labuh, betis bunting padi masih terhendap-hendap minta dikeluarkan. Fesyen baju carilah tukang jahit yang mahir. Tersalah potong, ketatlah baju kita. Pemandangan yang menggusarkan ini mesti ditinggalkan.
Sempena Ramadhan Mubarak, Ramadhan Kareem kali ini perbaikilah, semua itu. Biar dalam redha Allah.

Sebelum benar-benar menjadi tetamu Allah, plan, do, check and action dalam menuju keakraban dengan Allah hebat. Biar pulang bawa pahala, bawa mabrur.
Kitakah salah seorang daripada 27, 000 orang menjadi tetamu Allah. Biar Allah yang pilih. Tugas kita berharap dalam penghijrahan.

0 Responses to "Sayakah salah seorang daripada 27,000 orang."
Catat Ulasan