Memercik dan berdentum
Seorang rakan bercerita betapa dia amat terperanjat yang amat sangat.. Hamburan bunyi mercun yang menjerit memecah kesunyian malam. Tarawikh yang tadinya khusyuk sudah kurang konsentrasinya. Semua tu gara-gara mercun. Sudahlah belum bijaksana mengisi Ramadhan al Mubarak, mengganggu orang lain pulak untuk keseronokkan sendiri. Ke mana agaknya aktiviti Ramadhan Kareem yang Rasulullah s.a.w. ajarkan? Bulan ini bulan Ramadhan, tapi kenapa ye bunyi mercun?
Raya yang esok atau lusa tu raya apa ye? Langit malam gelap akan bermandi cahaya. Percikan akan bertambah. Bagai hujan renyai. Dentuman mercun pasti sambung menyambung bagi halilintar membelah bumi. Berlatih menghadapi peperangan lagaknya. Bingung. Memang bingung….
Ayah dan ibu moden memang bersedia membelikan anak-anak mercun. Sesekali apa salahnya….kata mereka. Jadi tidak salah bila dewasa memang dia beli mercun untuk sambut raya. Mak ayah macam ni betul ke didik anak? Putus jari orang lain, masuk hospital kerana mercun sedikit tidak menjadi iktibar.
Kita dah larang…, mereka beli sendiri. Dia beli dari tabungan duit sendiri… Dimarah bagaimanapun anak-anak ini tetap tak reti dengar nasihat. Derhaka atau tidak ye? Engkar dengan larangan dan kemarahan serta nasihat ibubapa? Agak-agak kitalah…mereka ni pernah tak dengan cerita ‘Alaqamah? Mereka tau tak dalam Quran ada sebut, jangan berkata …Urgh.. Argh….Ishhh… pada mak ayah? Ataupunnnn…pernah belajar tapi, terlupa sebentar…
Mak ayah yang memang tegas tetapi lembut, penuh hikmah dengan ajaran Islam menjadi objektif didikan dalam menangani anak-anak moden abad 21 dari kecil lagi, berjaya memujuk anak-anak agar berkata tidak kepada mercun. Biar berkelip-kelip matanya, tangan pulak gigit jari. Banyak lagi cara memberi keseronokan pada anak-anak, bukan mercun saja. Nak syabas dan tahniah ke?.
Tambah menghairankan ada juga si dewasa yang dah boleh jadi datuk main mercun. Malah dentumannya lagi besar dan hebat. Duit banyak tak tau nak buat apa barangkali. Jadi bakar aje lah duit tu… bila malam raya.
Subhanallah, bila agaknya kita akan sedar dengan budaya-budaya yang tidak sepatutnya. Alangkah baiknya, Islam pada nama, Islam pada tindakan, Islam dalam amalan harian, Islam di mana-mana dan Islam yang Nabi Muhammad s.a.w. ajarkan.
Antara panggung wayang mini dan sms
Hari raya sebenar nanti lagi hebat ceritanya. Kalau berziarah, cuba perhatikan…. Ziarah berlaku, tetapi mata terpaku ke kaca panggung wayang mini dalam rumah. Kalau tidak mata tuan rumah yang melekat ke kaca tv, mata yang bertandang menyambung cerita yang tergendala sebentar tadi yang melihat tajam ke kaca tv. Hilang bualan silaturrahim. Sampai ketika, beredar ke rumah yang lain pula. Begitulah seterusnya….Tv pula sarat dengan cerita yang pelbagai. Jadi tak salah jugalah kalau ziarah tak berlangsung, sebab tv suruh duduk di rumah. Betul ke?
Anak-anak muda, melekat dengan talipon tangan. Ikut mak ayah ke rumah saudara mara dengan hati yang paksarela. Sekejap-sekejap talipon berbunyi. Sms masuk! Balas…!!! Akhirnya jadilah ziarah badan, tapi mulut kelu untuk berkata-kata. Atau memang pendiam?
Semuanya membinggungkan. Dipendekkan cerita, kita semua belajar dan punya ilmu agama. Tetapi di mana kita letakkan ilmu itu pada ketika ini? Hidup ilmu dengan amalan. Teguh amalan dengan keikhlasan. Tepuk dada tanya iman. Sama-sama kita serikan Ramadhan Kareem yang berbaki. Tahun hadapan belum pasti kita masih bernafas. Biar Syawal kali ini benar-benar menjadi kemenangan yang hakiki.
Selamat Hari Raya ‘Aidil Fitri
كل عام وأنتم بخير, تقبل اللـه ومنكم
0 Responses to "Apa nak jadi ye? Ke… Apa dah jadi?"
Catat Ulasan